Khamis, 27 September 2018

Kisah Ku yang Lama Menyepi



Assalammualaikum w.t.w

wowww lama nya tak update blog. Lepas kahwin hari tu terus senyap..

Lepas kahwin hari tu saya dan suami pergi Holiday dekat Krabi. Alhamdulillah rezeki awal bunting pelamin. So masa dekat Krabi ada rasa mabuk dan mual tp apapun itulah pengalaman saya yang pertama bercuti keluar negara , dengan suami pulak tu.

Banyak sebenarnya benda nak share dari itenarary ke Krabi , kos perbelanjaan semua tapi dah lupa hehe.

Balik bercuti terus check-up doktor untuk pastikan kandungan saya. Alhamdulillah masa scan doktor cakap baby girl. Excited jangan cakap la kan. Due Date 11 Nov 2016 , tapi baby keluar 03hb Nov 2016. Alhamdulillah Irdina Safwah nama diberi.. sekarang usia nya 1 tahun 10 bulan dan tinggal 2weeks saja lagi saya akan melahirkan baby yang kedua. Yeahhh...

Lagi nervous, sebab dah tunggu hari kan... rezeki pun bertambah bila saya dipindahkan kerja ke kawasan yang lebih dekat dengan bandar, berbanding tempat sebelum ni. Namun, banyak pengalaman yang saya dapat selama 8tahun bekerja di tempat lama dan jauh.

Masa Irdina Safwah genap setahun hari tu kami bertiga sempat bercuti ke yogyakarta. Itenarary semua ada tapi masih xdapat share sebab terlalu busy dan xtahu nak mulakan dari mana.

January lalu pulak, saya dan suami sempat booking tiket ke seoul untuk percutian bulan september tahun ni, tapi semuanya terpaksa dibatalkan oleh sebab saya mengandung. Alhamdulillah duit tempahan penerbangan boleh dikembalikan mengikut jumlah penuh,yang penting kena ikut step yang betul. Benda ni pun bagus untuk saya kongsikan tapi tunggu ada masa yang sesuai untuk update blog mengenai Refund Air Asia Ticket.

Oklah sampai sini sahaja tulisan saya. xoxo.

Wasalam.

Rabu, 29 Jun 2016

Gambar sekitar majlis wedding ETRIE & ASMAN



Assalammualaikum

Lama x update entry , dalam busy nak raya ni mana sibuk dengan kerja ni nak jugak tunjuk gambar wedding hari tu. Walaupun sekarang ni dah berisi hehe Alhamdulillah rezeki Allah xda sapa yang duga kan. Moh cuci mata gambar wedding saya.


suami saya Asman Sulaeman

Lepas di Ijab kabul kan .

PELAMIN SIMPLE



CANDID IS BETTER HEHE


BOLEH LA FEELING MODEL JAP

TUKANG BULI AKU

MACAM CANTIK JERR MACAM COMEL JERR

KELUARGA KECIL KU



OUTDOOR PHOTOSHOOT




Jenuh jugak ndak select gambar. Takpa la cukup itu je la gambar yang i share yea....

Bye xoxo.


Khamis, 18 Februari 2016

06 FEBUARI 2016 (SABTU)

Assalammualaikum.

saya nak share gambar sekitar majlis persandingan di pihak saya. Gambar dari HP je... fotografi punya belum dapat lagi.










MUA by Choq Na ( Boleh check istagram or Facebook )










Sejujurnya aku puas hati sgt dengan baju nikah yang jahit sendiri dengan upah hanya RM 50.00 ... semua org pun xpercaya hehe nanti cuba korang tgk entry sebelum ni berapa cost saya beli kain. cmpur sekali dengan upah xsmpai pun RM300.00 jimatkan.

Instat shawl 2 muka RM 23.00 
Veil Net RM 80.00 (simplytouchcreation) boleh visit IG dia banyak pilihan. Alhamdulillah saya xsalah pilih hehe. 

Terima kasih pada semua yang hadir. yang tolong kat dapur dan semua nya la. hehe 

Isnin, 15 Februari 2016

NIKAH DAY ASMAN & ETRIE 05.02.2016 (JUMAAT)

Alhamdulillah akhirnya hari yang dinanti-nanti telah pun tiba . Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada sanak saudara dekat mahupun jauh. Segala Jasa pertolongan sangatlah saya hargai. Gambar dari jurufoto belum dapat lagi yang ada koleksi sendiri ja hehe.


Hari Pernikahan 05.02.2016 (Jumaat 3.30ptg)




KAK sepupu je yang make up simple alhamdulillah saya puas hati. Thanks Kak!!



Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri kepada Asman bin Hj Sulaeman. Untuk pengetahuan pelamin mini untuk nikah ni just DIY ja.. kak sepupu yang tolong buat beli kain sikit dan bunga-bunga pinjam dekat pejabat hehe. Memandangkan pejabat ada bunga-bunga untuk hiasa pentas kalau ada event so pinjamla untuk jimatkan kos he. 


Majlis Berinani 05.02.2016 ( Jumaat 8.00 mlm )





Yang conteng2 dekat tangan tu ipar saya punya cousin je yang buat hehe. Tak perlu bayar mahal. make up pun cousin jugak he.Oknanti saya share gambar masa sanding pulak k.








Selasa, 26 Januari 2016

COUNTING DAYS


Assalammualaikum...

Banyak sebenarnya benda nak cerita tapi xtahu nak mula dari mana. Hari kahwin dah dekat tapi xtau nak fikir apa , banyak benda xsettle lagi. Baju nikah baru ambik tadi itu pun tunang yg ambik kan. Test belum lagi la sebab saya dengan tunang jauh , kalau nak terangkan pun susah jauh macam mana nanti ada yang xfaham pulak kan he. Btw urusan dipejabat agama sdh selesai , itupun parents yang yang aturkan tadi. Aku buat apa? Banyak jugak yang aku buat.. jaga badan dan sebagainya hehe.

Dekat-dekat nak kahwin aku mmg jaga makan. Sebab aku comel so terpaksa jaga makan takut nnti baju pengantin semua xmuat kan huhu. Eh korang nak tgk x baju pengantin yg kitaorang test baru-baru ni utk resepsi sebelah lelaki.



ha... cantik ke idok hahaha. ada lagi satu colour merah untuk potong kek tapi xsempat ambik gambar. semua pemilihan baju saya serahkan kepada encik tunang memandangkan resepsi ni sebelah pihak dia kan he. Mostly baju-baju dekat butik pengantin ni semua cantik-cantik. Tak ada kasta contoh pakej VVIP lain pakej biasa-biasa lain. Butik yang salah pilih ada pakej untuk VVIP tapi dari pandangan saya cantik lagi baju-baju dekat butik ni then harga pun murah RM2000.00 sahaja untuk semua. Ada sedikit penyesalan disitu tapi xapa la , semua tu pengalaman. 

Pengalaman lain nanti saya cerita lagi k wasalam xoxo.



Khamis, 21 Januari 2016


Assalammualaikum...

Pagi-pagi dah bersemangat nak update dekat blog dah kenapa kan.... Al-kisah nya hari ni pegi kerja awal-awal set memang kat kepala nak apply cuti kawin dan cuti honeymoon. Kawin tak lama lagi tapi cuti belum apply lagi. So ... saya dengan roommate mmg nak jumpa bos pagi-pagi ni sebab selalunya mood pagi ni kan bagus. Ha.... tapi hari ni hujan pulak mungkin petanda bos kitaorang mood dia mmg hmmm susah nak cakap. Kenapa aku cerita pasal bos ni?? sebab... kadang-kadang aku rasa tak puas hati , sealalu benda kecik dibesar-besarkan.

Terang cakaplah selalu bos ni nak kena bodek baru dia ok dengan kita. aku mmg tak suka attitude dia, Kerja selalu dalam keadaan stress. Tapi buat masa ni , ni ja kerja yang aku ada. Kalau nak cari kerja lain mmg susah sekarang ni... nak nak lagi bandar kecil macam Tawau ni,

Persekitaran kerja yang baik akan menambah semangat kita untuk kita bekerja. Bukan setakat bangunan atau kemudahan pejabat je kena ok tapi orang atasan kita pun kena la bersikap relevan kepada pekerjanya.

Kadang dah habis masa kerja diganggu dengan soalan dan kadang kena sembur dalam whatsapp atau sms , whatsapp group pulak tu. Kalau dibagi pilihan saya nak buat bisnes tapi modal xcukup then aku risau tentang pengurusan wang keluar masuk .

Sebelum cuba niaga kecil-kecil jual tudung , produk kecantikan , tupperware dll dalam skala yang kecik. Untung ada tapi mungkin saya yang tak pandai manage then semua terkubur macam tu ja hehehe. Tapi saya ada azam , saya tetap akan cuba berniaga selagi boleh.

Ok la.. saya rasa sampai sini saja saya membebl pagi-pagi ni. Sekurang-kurangnya saya better sikit he.

Bye XOXO. muahh ciked !!!

Selasa, 19 Januari 2016

CHECKLIST AND COSTING BELANJA KAHWIN


Asslammualaikum ....

kalau nak cerita pasal perbelanjaan nak kahwin ni mmg memeningkan hehehe. Tapi xpa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ni pun banyak hal xsettle lagi.. borang nikah belum serah kat Jabatan Agama tapi kad jemputan dah edar hahaha nanti tok kadi xsampai-sampai ha masak!!

Checklist untuk Hantaran (Dulang-dulang)

Dulang untuk Lelaki 
1. Al-Quran      - OK
2. Sejadah         - OK
3. Baju Kemeja - OK
4. Kasut             - OK
5. Perfume         - OK
6. Buah-Buahan - Belum
7. Cokelat           - Belum


Dulang Balasan 

1. Al- Quran       - OK
2. Sejadah           - OK
3. Telekung        - OK
4. Beg Tangan    - OK
5. Kasut               - OK
6. Tudung            - Belum
7. Perfume           - Belum
8. Buah-buahan   - Belum
9. Cokelat            - Belum


Checklist Baju Nikah + Veil + Shawl

Pemilihan busana ni saya buat research kat blog-blog dah banyak , instashop pun saya da banyak usha dari yg readymade n customade . Akhirnya saya beli kain sendiri then hantar kat tukang jahit biasa-biasa ja yg murah he. Upah Rm50.00 design pun baju kurung moden ja hehe.

Kain Baju Lace - RM40.00/mtr X 2mtr = RM80.00
Kain Lapis dia - RM 8.00/mtr X 5mtr = RM 40.00
Upah  = RM50.00
Veil Net = RM 80.00 (Beli dekat insta Simply Touch Creation)
Shawl = RM18.00 ( Beli deakat kawan Aimy Hijab )

Total = RM 248.00

Rasa berbaloi jugak la sebab kita pilih material sendiri kan. Murah pun kira murah jugak lah hehe. Next time saya akan kongsi gambar baju nikah saya he.


Checklist Pakej Pelamin dan Andaman

Sebenarnya tempahan saya dah buat awal-awal dengan pihak andaman. Saya memilih Jelita andaman Yati yang merupakan andaman yang cukup terkenal jugak di daerah saya iaitu Tawau. Ramai kawan-kawan saya telah menggunakan perkhidmatan kak yati. Masa saya tanya berapa pakej alhamdulillah saya dapat waktu promosi pakej bawah kanopi RM2,300.00. Tapi rupanya exclude sclop (kain yg bebentuk d atas kanopi) then saya kena tambah RM200.00. Then satu lagi masalah bila saya nikah awal sehari dari hari sanding. Sapa nak make-up??? Tanya dekat andaman kena tambah lagi RM200.00. Mak ai lari bajet. Saya cuba tanya dekat MUA.. skrg dekat tawau banyak sangat MUA tapi harga gila-gila untuk nikah sahaja RM300.00 tidak termasuk luar kawasan. Dan akhirnya saya cuba tanya andaman sekitar kampung saya jika menyediakan perkhidmatan make-up untuk nikah sahaja. Alhamdulillah saya dapat RM100.00 tapi belum confirm sebab saya tengah menunggu jawapan masa tengah tulis blog ni hahaha. So total andaman saya :-

Pelamin dan andaman = RM2500.00
Make up Nikah           = RM 100.00

Total                           = RM2,600.00

saya ada buat pelamin mini untuk nikah tapi bahan semua pinjam dekat pejabat huhu jimat.



Checklist Jurugambar 

untuk khidmat fotografi saya dah memag berkenan dengan Wak Ketari dari PSW Crew. Hasil kerja tangan dorang memang cantik-cantik. kebetulan masa wedding cousin juga menggunakan perkhidmatan mereka. So sambar je la hehe. Mereka menyediakan beberapa pakej tapi saya ambik pakej biasa-biasa ja iaitu RM750.. ada free outdoor n pendrive 8GB. Okla tu album biasa-biasa ja pun next time kalau nak cuci balik gambar tu pun boleh kan sebab ada free pendrive . tapi sekali lagi masalah bila nikah awal sehari dari hari sanding huhuh kena add RM150.00 sbb pakej yg diorang sediakan hanya untuk sehari sahaja. So total khidmat fotografi ni :-

Pakej fotografi    = RM750.00 + RM 150.00

Total                    = RM 900.00


Korang kira-kira la berapa da perbelanjaan saya huhu. Nanti kita sambung lagi bab menuju hari bahagia ni huhuhu.

Jelita Andaman Yati ( Wedding Kawan )

Jelita Andaman Yati 
PSW Crew (Fotografi)
Lace Baju Nikah 

Veil Net 

Pakej MUA