Khamis, 27 September 2018
Kisah Ku yang Lama Menyepi
Assalammualaikum w.t.w
wowww lama nya tak update blog. Lepas kahwin hari tu terus senyap..
Lepas kahwin hari tu saya dan suami pergi Holiday dekat Krabi. Alhamdulillah rezeki awal bunting pelamin. So masa dekat Krabi ada rasa mabuk dan mual tp apapun itulah pengalaman saya yang pertama bercuti keluar negara , dengan suami pulak tu.
Banyak sebenarnya benda nak share dari itenarary ke Krabi , kos perbelanjaan semua tapi dah lupa hehe.
Balik bercuti terus check-up doktor untuk pastikan kandungan saya. Alhamdulillah masa scan doktor cakap baby girl. Excited jangan cakap la kan. Due Date 11 Nov 2016 , tapi baby keluar 03hb Nov 2016. Alhamdulillah Irdina Safwah nama diberi.. sekarang usia nya 1 tahun 10 bulan dan tinggal 2weeks saja lagi saya akan melahirkan baby yang kedua. Yeahhh...
Lagi nervous, sebab dah tunggu hari kan... rezeki pun bertambah bila saya dipindahkan kerja ke kawasan yang lebih dekat dengan bandar, berbanding tempat sebelum ni. Namun, banyak pengalaman yang saya dapat selama 8tahun bekerja di tempat lama dan jauh.
Masa Irdina Safwah genap setahun hari tu kami bertiga sempat bercuti ke yogyakarta. Itenarary semua ada tapi masih xdapat share sebab terlalu busy dan xtahu nak mulakan dari mana.
January lalu pulak, saya dan suami sempat booking tiket ke seoul untuk percutian bulan september tahun ni, tapi semuanya terpaksa dibatalkan oleh sebab saya mengandung. Alhamdulillah duit tempahan penerbangan boleh dikembalikan mengikut jumlah penuh,yang penting kena ikut step yang betul. Benda ni pun bagus untuk saya kongsikan tapi tunggu ada masa yang sesuai untuk update blog mengenai Refund Air Asia Ticket.
Oklah sampai sini sahaja tulisan saya. xoxo.
Wasalam.
Langgan:
Catatan (Atom)