Selasa, 26 Januari 2016

COUNTING DAYS


Assalammualaikum...

Banyak sebenarnya benda nak cerita tapi xtahu nak mula dari mana. Hari kahwin dah dekat tapi xtau nak fikir apa , banyak benda xsettle lagi. Baju nikah baru ambik tadi itu pun tunang yg ambik kan. Test belum lagi la sebab saya dengan tunang jauh , kalau nak terangkan pun susah jauh macam mana nanti ada yang xfaham pulak kan he. Btw urusan dipejabat agama sdh selesai , itupun parents yang yang aturkan tadi. Aku buat apa? Banyak jugak yang aku buat.. jaga badan dan sebagainya hehe.

Dekat-dekat nak kahwin aku mmg jaga makan. Sebab aku comel so terpaksa jaga makan takut nnti baju pengantin semua xmuat kan huhu. Eh korang nak tgk x baju pengantin yg kitaorang test baru-baru ni utk resepsi sebelah lelaki.



ha... cantik ke idok hahaha. ada lagi satu colour merah untuk potong kek tapi xsempat ambik gambar. semua pemilihan baju saya serahkan kepada encik tunang memandangkan resepsi ni sebelah pihak dia kan he. Mostly baju-baju dekat butik pengantin ni semua cantik-cantik. Tak ada kasta contoh pakej VVIP lain pakej biasa-biasa lain. Butik yang salah pilih ada pakej untuk VVIP tapi dari pandangan saya cantik lagi baju-baju dekat butik ni then harga pun murah RM2000.00 sahaja untuk semua. Ada sedikit penyesalan disitu tapi xapa la , semua tu pengalaman. 

Pengalaman lain nanti saya cerita lagi k wasalam xoxo.



Khamis, 21 Januari 2016


Assalammualaikum...

Pagi-pagi dah bersemangat nak update dekat blog dah kenapa kan.... Al-kisah nya hari ni pegi kerja awal-awal set memang kat kepala nak apply cuti kawin dan cuti honeymoon. Kawin tak lama lagi tapi cuti belum apply lagi. So ... saya dengan roommate mmg nak jumpa bos pagi-pagi ni sebab selalunya mood pagi ni kan bagus. Ha.... tapi hari ni hujan pulak mungkin petanda bos kitaorang mood dia mmg hmmm susah nak cakap. Kenapa aku cerita pasal bos ni?? sebab... kadang-kadang aku rasa tak puas hati , sealalu benda kecik dibesar-besarkan.

Terang cakaplah selalu bos ni nak kena bodek baru dia ok dengan kita. aku mmg tak suka attitude dia, Kerja selalu dalam keadaan stress. Tapi buat masa ni , ni ja kerja yang aku ada. Kalau nak cari kerja lain mmg susah sekarang ni... nak nak lagi bandar kecil macam Tawau ni,

Persekitaran kerja yang baik akan menambah semangat kita untuk kita bekerja. Bukan setakat bangunan atau kemudahan pejabat je kena ok tapi orang atasan kita pun kena la bersikap relevan kepada pekerjanya.

Kadang dah habis masa kerja diganggu dengan soalan dan kadang kena sembur dalam whatsapp atau sms , whatsapp group pulak tu. Kalau dibagi pilihan saya nak buat bisnes tapi modal xcukup then aku risau tentang pengurusan wang keluar masuk .

Sebelum cuba niaga kecil-kecil jual tudung , produk kecantikan , tupperware dll dalam skala yang kecik. Untung ada tapi mungkin saya yang tak pandai manage then semua terkubur macam tu ja hehehe. Tapi saya ada azam , saya tetap akan cuba berniaga selagi boleh.

Ok la.. saya rasa sampai sini saja saya membebl pagi-pagi ni. Sekurang-kurangnya saya better sikit he.

Bye XOXO. muahh ciked !!!

Selasa, 19 Januari 2016

CHECKLIST AND COSTING BELANJA KAHWIN


Asslammualaikum ....

kalau nak cerita pasal perbelanjaan nak kahwin ni mmg memeningkan hehehe. Tapi xpa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ni pun banyak hal xsettle lagi.. borang nikah belum serah kat Jabatan Agama tapi kad jemputan dah edar hahaha nanti tok kadi xsampai-sampai ha masak!!

Checklist untuk Hantaran (Dulang-dulang)

Dulang untuk Lelaki 
1. Al-Quran      - OK
2. Sejadah         - OK
3. Baju Kemeja - OK
4. Kasut             - OK
5. Perfume         - OK
6. Buah-Buahan - Belum
7. Cokelat           - Belum


Dulang Balasan 

1. Al- Quran       - OK
2. Sejadah           - OK
3. Telekung        - OK
4. Beg Tangan    - OK
5. Kasut               - OK
6. Tudung            - Belum
7. Perfume           - Belum
8. Buah-buahan   - Belum
9. Cokelat            - Belum


Checklist Baju Nikah + Veil + Shawl

Pemilihan busana ni saya buat research kat blog-blog dah banyak , instashop pun saya da banyak usha dari yg readymade n customade . Akhirnya saya beli kain sendiri then hantar kat tukang jahit biasa-biasa ja yg murah he. Upah Rm50.00 design pun baju kurung moden ja hehe.

Kain Baju Lace - RM40.00/mtr X 2mtr = RM80.00
Kain Lapis dia - RM 8.00/mtr X 5mtr = RM 40.00
Upah  = RM50.00
Veil Net = RM 80.00 (Beli dekat insta Simply Touch Creation)
Shawl = RM18.00 ( Beli deakat kawan Aimy Hijab )

Total = RM 248.00

Rasa berbaloi jugak la sebab kita pilih material sendiri kan. Murah pun kira murah jugak lah hehe. Next time saya akan kongsi gambar baju nikah saya he.


Checklist Pakej Pelamin dan Andaman

Sebenarnya tempahan saya dah buat awal-awal dengan pihak andaman. Saya memilih Jelita andaman Yati yang merupakan andaman yang cukup terkenal jugak di daerah saya iaitu Tawau. Ramai kawan-kawan saya telah menggunakan perkhidmatan kak yati. Masa saya tanya berapa pakej alhamdulillah saya dapat waktu promosi pakej bawah kanopi RM2,300.00. Tapi rupanya exclude sclop (kain yg bebentuk d atas kanopi) then saya kena tambah RM200.00. Then satu lagi masalah bila saya nikah awal sehari dari hari sanding. Sapa nak make-up??? Tanya dekat andaman kena tambah lagi RM200.00. Mak ai lari bajet. Saya cuba tanya dekat MUA.. skrg dekat tawau banyak sangat MUA tapi harga gila-gila untuk nikah sahaja RM300.00 tidak termasuk luar kawasan. Dan akhirnya saya cuba tanya andaman sekitar kampung saya jika menyediakan perkhidmatan make-up untuk nikah sahaja. Alhamdulillah saya dapat RM100.00 tapi belum confirm sebab saya tengah menunggu jawapan masa tengah tulis blog ni hahaha. So total andaman saya :-

Pelamin dan andaman = RM2500.00
Make up Nikah           = RM 100.00

Total                           = RM2,600.00

saya ada buat pelamin mini untuk nikah tapi bahan semua pinjam dekat pejabat huhu jimat.



Checklist Jurugambar 

untuk khidmat fotografi saya dah memag berkenan dengan Wak Ketari dari PSW Crew. Hasil kerja tangan dorang memang cantik-cantik. kebetulan masa wedding cousin juga menggunakan perkhidmatan mereka. So sambar je la hehe. Mereka menyediakan beberapa pakej tapi saya ambik pakej biasa-biasa ja iaitu RM750.. ada free outdoor n pendrive 8GB. Okla tu album biasa-biasa ja pun next time kalau nak cuci balik gambar tu pun boleh kan sebab ada free pendrive . tapi sekali lagi masalah bila nikah awal sehari dari hari sanding huhuh kena add RM150.00 sbb pakej yg diorang sediakan hanya untuk sehari sahaja. So total khidmat fotografi ni :-

Pakej fotografi    = RM750.00 + RM 150.00

Total                    = RM 900.00


Korang kira-kira la berapa da perbelanjaan saya huhu. Nanti kita sambung lagi bab menuju hari bahagia ni huhuhu.

Jelita Andaman Yati ( Wedding Kawan )

Jelita Andaman Yati 
PSW Crew (Fotografi)
Lace Baju Nikah 

Veil Net 

Pakej MUA






PERJALANAN MENJELANG HARI BAHAGIA



17 days to go!!!!!

Wedding tinggal berapa hari lagi... ingat hari yang bakal tiba memang selalu berdegup kencang ja jantung ni. Yang dah kahwin tahula kan , yang xkahwin lagi hmm korang rasa jugak nanti hehe. Saya dan bakal suami rancang da lama tapi keputusan akhir di buat pada bulan November lalu. Dan kita da atur bila tarikh-tarikh merisik , hantar belanja besar , nikah dan sanding.

29.11.2015 ( Majlis Merisik )

Majlis Merisik sekali sarung cincin . Korang jangan xtau masa ni pun bajet kena ada untuk menjamu pihak keluarga lelaki yang datang merisik. Tapi pihak saya hanya menyediakan hidangan yang simple sahaja iaitu soto yg dibuat oleh SIL. Bajet saya yang keluarkan sebab saya yang nak kahwin hehehe memandangkan xmahu menyusahkan orang tua . Bajet x banyak untuk buat soto. RM300 ja pun hehe. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa ni kami kedua-dua pihak telah berbincang dan mempersetujui mengenai wang belanja atau wang hantaran.


26.12.2015 ( Majlis Naik Duit )

Majlis ni majlis hantar belanja mengikut perbincangan kedua-dua pihak yg telah dipersetujui masa merisik hari tu. Di sabah selalunya hantaran memang akan memeningkan pihak lelaki haha tapi alhamdulillah kalau keluarga dah setuju maknanya ok la kan hehe. 


Gambar masa majlis naik duit. Saya duduk kat dapur ja pun xkeluar hehe. Alhamdulillah.. selesai. Lepas ni hanya tunggu majlis nikah dan sanding je.

Nikah Day - 05 Feb 2016 ( Jumaat lepas Solat Jumaat )
Sanding Sebelah pihak perempuan  -  06 Feb 2016 
Sanding Sebelah pihak Lelaki -  07 Feb 2016.



Khamis, 14 Januari 2016

BAB PENGENALAN


Ha Model Terjun !!
Assalammualaikum.....

Salam perkenlan untuk page ni ... Seiring dengan nama blog saya ni wonderful moment , saya akan cuba kongsikan detik-detik indah ataupun sukar dalam perjalanan dan pengalaman hidup saya. Hah baru la boleh dikatakan wonderful , tak semestinya pengalaman sukar itu tidak berharga. Dah lama saya teringin ada blog , bercerita mengenai pengalaman saya. walaupun saya tak tahu macam mana nak mula saya akan cuba untuk menarik semua pembaca yang ingin tahu mengenai pengalaman saya. 

ok saya akan cari entry yang bagus dan berguna untuk korang nanti . Bye 

Wasalam.