Khamis, 21 Januari 2016


Assalammualaikum...

Pagi-pagi dah bersemangat nak update dekat blog dah kenapa kan.... Al-kisah nya hari ni pegi kerja awal-awal set memang kat kepala nak apply cuti kawin dan cuti honeymoon. Kawin tak lama lagi tapi cuti belum apply lagi. So ... saya dengan roommate mmg nak jumpa bos pagi-pagi ni sebab selalunya mood pagi ni kan bagus. Ha.... tapi hari ni hujan pulak mungkin petanda bos kitaorang mood dia mmg hmmm susah nak cakap. Kenapa aku cerita pasal bos ni?? sebab... kadang-kadang aku rasa tak puas hati , sealalu benda kecik dibesar-besarkan.

Terang cakaplah selalu bos ni nak kena bodek baru dia ok dengan kita. aku mmg tak suka attitude dia, Kerja selalu dalam keadaan stress. Tapi buat masa ni , ni ja kerja yang aku ada. Kalau nak cari kerja lain mmg susah sekarang ni... nak nak lagi bandar kecil macam Tawau ni,

Persekitaran kerja yang baik akan menambah semangat kita untuk kita bekerja. Bukan setakat bangunan atau kemudahan pejabat je kena ok tapi orang atasan kita pun kena la bersikap relevan kepada pekerjanya.

Kadang dah habis masa kerja diganggu dengan soalan dan kadang kena sembur dalam whatsapp atau sms , whatsapp group pulak tu. Kalau dibagi pilihan saya nak buat bisnes tapi modal xcukup then aku risau tentang pengurusan wang keluar masuk .

Sebelum cuba niaga kecil-kecil jual tudung , produk kecantikan , tupperware dll dalam skala yang kecik. Untung ada tapi mungkin saya yang tak pandai manage then semua terkubur macam tu ja hehehe. Tapi saya ada azam , saya tetap akan cuba berniaga selagi boleh.

Ok la.. saya rasa sampai sini saja saya membebl pagi-pagi ni. Sekurang-kurangnya saya better sikit he.

Bye XOXO. muahh ciked !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan